Monday, June 2, 2008

Harga Minyak Indonesia Lebih Murah Dari Malaysia...


Kerajaan Indonesia di bawah pimpinan Bapak Presiden Susilo Bambang Yudhiyono baru sahaja menaikan harga bahan bakar (Minyak Petrol) negara itu sebanyak 30%. Satu kenaikan yang agak tinggi.


Namun yang menariknya, harga Petrol di Republik Indonesia selepas kenaikan sebanyak 30% hanya berharga Rp 6.000 atau bersamaan RM 1.80 seliter sahaja.


Ini bermakna harga Petrol di Indonesia (SELEPAS KENAIKAN baru-baru ini) hanya berharga RM 1.80 seliter berbanding Malaysia yang berharga RM 1.92 seliter.


Walhal Indonesia tidak mempunyai syarikat minyak yang kaya raya seperti PETRONAS tetapi mampu memberikan harga petrol yang jauh lebih murah berbanding negara kita.


Bayangkan jika harga Petrol di Malaysia dinaikan seperti kata Timbalan Perdana Menteri.


Jelas dan terbukti sah bahawa Kerajaan Malaysia selama ini menipu rakyat bahawa kononnya harga Petrol di Malaysia adalah yang paling rendah di ASEAN (kecuali Brunei).


Fakta yang sebenarnya ialah harga Petrol di Indonesia adalah jauh lebih murah berbanding Malaysia walaupun selepas kenaikan sebanyak 30% baru-baru ini.


BANTAH KENAIKAN HARGA PETROL!!!

3 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

salam.. bleh sy tlg betulkan ayat saudara?? setahu saya harga minyak di malaysia sekarang ialah rm 2.70 seliter... saya membantah kenaikan harga minyak ni.. tapi nak jugak tau fakta drp mane saudara dpt bahawa minyak di indonesia lebih murah drp malaysia.. sekiranya betul.. sy mintak fakta yg boleh sy rujuk k..sekian... drp - pejuang rakyat!!

Yasmine Fleora said...

abg kimie do come to my blog yeh..
emin