Saturday, May 24, 2008

Siapa Yang Jual Negara Sekarang??

BATU PUTIH...OH...BATU PUTIH...

Pulau Batu Putih Hanya Tinggal Kenangan


...mEmOrI CiNtA lUkA kAtAkAn...hAhA...


Akhirnya keputusan ICJ (Mahkamah Pengadilan Antarabangsa) telah diketahui...

Pulau Batu Putih telah diberikan hak kedaulatannya kepada Republik Singapura.
Malaysia hanya diberikan Terumbu Karang Tengah dan Terumbu Karang Selatan.
Akhirnya Malaysia telah kehilangan kedaulatannya ke atas Pulau Batu Putih dan maruah negara telah tercalar.
Namun keputusan ini telah dijangkakan. Ini kerana Malaysia tidak bersedia berhujah dengan mantap ketika perbicaraan ICJ yang lalu. Jelas kekalahan ini adalah salah Malaysia juga kerana tidak mempunyai persiapan yang secukupnya ketika berhujah di ICJ.
Juga salah Malaysia kerana membiarkan Singapura mentadbiran wilayah kita.
Sebuah lagi pulau milik Malaysia yang ditadbir oleh Singapura ialah Pulau Pisang (Diperairan Tanjung Piai). Kemungkinan besar, Singapura juga akan menuntut kedaulatan Pulau Pisang.
Tidak mustahil juga Iskandar Malaysia akan dituntut oleh Singapura jika Malaysia membiarkan kawasan itu dikuasai oleh Singapura dengan sewenang-wenangnya.
Ruang udara Negeri Johor juga ditadbir oleh Singapura walaupun ruang udara berkenaan adalah ruang udara Malaysia.
Akhirnya Kerajaan telah gagal!!! mempertahankan kedaulatan negara tercinta ini.

SIAPA YANG JUAL NEGARA SEKARANG!!!

No comments: